Tuesday, March 29, 2011

Mari Poei Perasap Dapur

Penceramah: Ustaz Ahmad Said (orang nogori,pekat tuh)
Lokasi: Surau Hangar3, Line8.
Waktu: Nak zuhur.

Sebelum gerak ke surau, sempat kenal sorang lagi staf Mas masa makan tengahari tadi....level pakcik-pakcik, tapi aku bahasakan abang la(cam bebudak sangat kalau panggil dia 'pak cik',heh) Perbualan mula berkisar tentang sejarah persekolahanku. Aku jawap relak jela; asal kampung,sekolah pun kat kampung. datang SPM result dapat bawak diri ke bandar, Alhamdulillah. 
   Datang lagi sorang pakcik, aku cam dia; jemaah surau line 8. Mungkin sebab dapat jumpa 'regu', makin best cerita pak cil ni. Rupanya anak dia lepasan Maktab Tentera. Perbualan seterusnya sedikit memberikan aku gambaran perjalanan persekolahan kat sana, dari keadaan semasa temuduga sampaila study untuk exam+latihan fizikal. Satu benda yang buat aku kagum adalah fitness diorang nih; 20km dalam 10 minit; mengingatkan betapa lamanya kau tak exercise.(stretching tu tak kira la,haha)

[masa nyata mencemburui]

ayat klise seorang pemidato level sekolah menengah....terus kita ketajuk perbincangan ya?


Sampai saja, aku perasan satu kelainan; Dah Takda Pintu Surau...dah start rupanya renovation surau nih. Aku agak diorang nak amek sikit kawasan letak kasut/selipar jadikan tempat solat. Memang patut sebab walaupun saiznya dah besar, jemaahnya ramai...sebab kat sini je yang comfirm ada kuliah tiapkali sebelum zuhur kot, ramai datang mengimarah. Dinding yang sebelum ni.....dinding? ditebuk jadi pintu, tak sure lak permanent/ temporary.
   Waktu tu jugak aku dengar suara yang familiar; Ustaz Ahmad Said. lagi dengan loghat noghori dia, takleh lopa den~  So dalam menahan ketawa( aku sampai cantik je dapat tangkap lawak dia), kusempurnakan penyucian dari hadas kecil. Terus ku atur langkah-langkah kecil mencari port baik nak dengar kuliah = mengadap penceramah. So ni la antara input-input yang termampu untuk dikongsi:

1. Bila usia dah lanjut, kurangkan TIGA perkara:
     i) Kurangkan makan-->banyakkan puasa. kalau selalu mengunyah ni macam sapi.
     ii) Kurangkan tidur-->banyakkan tahajud.
     iii)Kurangkan hiburan-->kurangkan bercakap yang sesia, kurangkan pergi ketempat ramai       
                                       orang(mall,jom heboh) tanpa keperluan yang munasabah.

2.Konsep Hablum Minan Nas:
   i)Hak sesama jiran-->kaya tolong miskin. Di akhirat nanti jiran yang miskin(tidak dibantu) 
                                 akan menghalang si kaya dari dapat memasuki syurga.

''Hendaklah si kaya bersabar diganggu si miskin"

3. Makan di luar rumah(kedai/warung):
    i)Harus-->untuk yang bekerja(sebagai keringanan/rukhsah), atau yang tak mampu nak         
                  makan di rumah(musafir, bawang-beras habis,etc)
    ii)Makruh-->kalau semasa kita makan, ada orang miskin/susah melihat kita berselera 
                     menjamu selera.sedang mereka kekal lapar dan kita tak turut sama 
                     memberinya makan.
    iii)Kebersihan tak terjamin:
        -->was-was kebersihan bahan mentah.
        -->mamak berlenggeng+peluh menjejeh, mengangkang basuh beras.(Kes contoh, kedai    
            mamak)
        -->(kebanyakan) air untuk mencuci pinggan adalah air mutanajis, sepatutnya air 
             mengalir(air mus ta'mal)

Konklusi?
"nak makan pi masak sondiri... kalau tak sedap ko je yang makang"; Pok Pih.
"kat rumah pon belom tentu bersih....tapi at least ko tau, dan sure''; Abang Hishamodon.(no relationship with iguanodon,let alone smilodon)

nota kaki:
somehow aku rasa pagi tadi;on the way ke tempat kerja, ofcoz menunggang Shogun Sport125-ku,adalah pagi paling best pernah aku jumpa.cantik dan menenangkan...sampai menitis air mata. aku boleh kata it was better than any first love. Aku bersyukur sangat sebab diberi peluang merasai sedemikian rasa. Syukur kehadratmu Ya Allah.  

No comments:

Post a Comment