Friday, January 21, 2011

You Got the Wrong Key But the Right Keyhole Darling~

Apartment tempat aku menyewa berada dalam satu kawasan perumahan yang agak luas....dan terpencil,nun di atas Bukit Subang. Adala dalam 3 apartment,2 flat, dan satu taman perumahan rumah teres 2tingkat. (agak-agak jela,nak comfirm sila check google map).

   So supposedly setiap residental area mesti ada surau sendiri,yang saiznya hanya sesuwai untuk solat jemaah lima waktu...yang aku rase hanya akan penuh bila masuk bulan Ramadhan jeh,kecuali Surau al-Mahdi yang memang luas dan dijadikan tempat solat Jumaat yang serius tak pernah tak pack. Kalau datang lambat tengahari jumaat memang sah kene wat muka tak bersalah mencelah brader-brader bukit subang sambil mencari ruang ntuk solat sunat,he. Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal suraunya, tapi apa yang aku selalu dengar dari suraunya. 

Sunday, January 16, 2011

Sifat-Sifat Orang yang Hidup Untuk Islam

   Alhamdulillah, pada minggu lepas (rabu malam khamis, 12/01/2011) sekali lagi program usrah dengan Ustaz Abdullah dapat kami jalankan. Masih lagi dilokasi yang sama; di rumah sahabat Azli dan rakan-rakan.Selesai tadarus al-Quran, kami teruskan dengan perbincangan berkumpulan kami dengan mengupas buku tulisan saudara Fathi Yakan: Apa Ertinya Saya menganut Islam. Perbincangan kami sudah membawa ke Bab 2.2: Saya Mestilah Hidup Untuk Islam. 
   Memandangkan Ustaz Abdullah memberikan kami kebebasan memilih tajuk, saya lantas memilih sub-topik: Sifat-Sifat Orang yang Hidup Untuk Islam. Berikut adalah sebahagian daripada perkongsian saya pada malam itu.

Saturday, January 15, 2011

Firrstt~!!!!

Assalamualaikum dunia~~~siber.^^,

Alhamdulillah, diberi akhirnya upaya untuk mengelola blog sendiri. Bukan lagi angan-angan dah.
Aim aku untuk blog ni; merekod sebarang ilmu,idea, dan pendapat yang aku perolehi sepanjang perjalan kehidupanku ini, insya Allah.

[Our times are counted]

So its just a matter on how we spend those remaining time, rather than how much time left for us. So I thought to myself, might as well work on something that can be useful to generations to come.(no matter how small)
So here I am,stretching my leg for the first step,ha.

Salam untuk semua.