Takziah Jepun
Seumum dunia mengetahui insiden gempa bumi dan tsunami yang melanda timur negara itu pada 11 Mac lepas. Dengan kekutan gegaran setinggi 8.9 skala ritcher; menjadikannya antara Lima gempa bumi terbesar di seluruh dunia semenjak bermulanya pencatatan seismologi.(seriously,tak ada nak ada rasa bangga pon aku kalau masuk list nih)Ditambah dengan Tsunami setinggi 10 meter, insiden ini telah meragut 7,653 nyawa(mungkin bertambah).
Juga, menerusi insiden ini seumum dunia pengajaran telah mendapat paling penting untuk seluruh umat manusia; [Kemanusiaan]
Yang Mereka Tunjukkan
Berdoa sebelum mengalihkan mayat mangsa tsunami dari runtuhan
You'll get when your turns comes.
Yang Kita Tunjukkan
...............................................
bersangka baik la,maybe dia refer Nuclear Meltdown kat Fukushima....heh
Untuk Isu macam ni...aku rasa jalan penyelesaian terbaik adalah penjelasan terbuka, ataupun press conference, make a direct explaination, bukannya setakat di Facebook atau berdiam diri tanpa penjelasan.
Kalau sekadar dalam negara boleh la consider, tapi ni melibatkan hubungan antara dua negara. Budaya kita tak sama. So jangan ingat apa yang kita buat kat sahabat senegara boleh boleh dibuat ke sahabat negara lain;Satu dunia tahu der!
...............................
Terfikir aku, macamana kalau Tsunami dan gempa tu kena kat Malaysia...aku tak rasa kita mampu jadi se-selfcontained those Japanese.
I mean, sedangkan baru terbalik satu lori beras, habis dikebas semua beras yang berterabur; baik yang pecah mahu yang masih elok dalanm kampit. Driver lori parah dibiar, kelindannya mati tak diendah....sedih. Sedih dan malu.
Masih banyak yang perlu diperbetulkan dalam diri ni.


No comments:
Post a Comment