Saturday, March 5, 2011

All Under Heaven

Rabu malam khamis....tadarus malam tadi membawa kami dari ayat-91 hinggalah ke ayat-114 Surah An-Nahl. Selesai, Ustaz Lah teruskan dengan huraian sebahagian dari bacaan kami tadi. Antara huraian yang menarik minatku adalah ayat ke-97


"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
(Surah An-Nahl:16.97)


 Apa yang menariknya? Ha, ayat ni jelas sekali menjadi jawapan kepada golongan-golongan feminis; yang tidak henti-henti menguatarakan soal kesaamaan gender. Dalam huraiannya, Ustaz Lah tekankan tentang janji Allah. Janjinya terhadap orang yang beriman; Ya, yang beriman, baik LELAKI mahupun PEREMPUAN. Dah terang lagi bersuluh, Allah itu maha pemurah dalam mengurnia hamba-Nya. Kedua-dua gender punya peluang yang sama, tak timbul isu diskriminasi jantina.


[Tanggungjawap mungkin berbeza, tapi kepentingannya sama]


 Dari pemerhatian aku, punca terbitnya persoalan ni satu saja, [Sekularisme]. Bila currency 'Dosa dan Pahala' dipandang sebelah mata, semua ditarif dari akal belaka....yang kita tahu, dipacu supaya dapat memuaskan nafsu dan rasa. Pemahaman tentang 'adil dan saksama' hanya dilihat dengan mata kasar. 


  Ingat lagi pesan Ustaz Lah, Syariat yang diturunkan kepada kita; umat manusia, adalah sekadar ujian untuk kita semua. Ujian yang Allah kenakan untuk menilai keimanan dalam diri kita. Senang cakap, Allah nak tengok kita percaya ke tak janji-janji Dia. Baik dari sebesar-besar hukuman hudud, hinggalah semudah-mudah menutup aurat. 


---------------------------
Rant
Kalau betul la nak implement [Kesamaan Gender], aku nak ada bas rapid khas ntuk lelaki aja. So kurang sikit peluang ntuk cuci mata dan badan dengan awek-awek yang murah hati 'bergurau senda' ngan naluri jantan dalam diri ni.
Ni la kesan naik public transport 3bulan sekali aja,ha.
  

1 comment: