Sunday, April 3, 2011

Final Destinasiku

Penceramah: Ustaz Sopiandi (ustaz jemputan)
Lokasi: Surau Line 8, Hangar 3.
Waktu: Zuhur(29/03/11)
--------------------
Let us begin with something solid & substance, of our Ibadah to Allah the Almighty;


      Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii). Li = bagiku
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).

(Doa semasa duduk antara dua sujud,sumber)

Solat itu antaranya doa, dan diantara doa-doa itu adalah memohon keampunan(rabbighfirlii) dari Allah s.w.t.
Tanpa keampunan dari Allah, hidup ini tidak akan membawa makna.
 "Setiap anak Adam semuanya bersalah, dan sebaik-baik orang yg bersalah ialah yg bertaubat”. [Hadits Hasan Riwayat Ahmad 3: 198, Tirmidzi, Ibnu Majah, Hakim 4:244.Shahih Jami’us Shagir 4391, Takhrijul Misykat No. 2431]

Aku boleh cakap kuliah hari tu agak simple, sebab dari cara penyampaian ustaz tu sendiri.
straight to the point,with only few rants. dan intipati kuliahnya sendiri yang simple, iaitu permasalahan asas manusia. [Hidup selepas mati a.k.a Akhirat] 


Ingatlah, tidak akan berganjak kaki anak Adam di Akhirat kelak sebelum selesai ditanya tentang 4 perkara:
i)Usia mudanya-->dihabiskan untuk apa?
ii)Ilmu yang dituntutnya-->bagaimana beramal dengannya?
iii)Harta bendanya-->dari mana kamu mendapatkannya,dan kemana kamu belanjakan?
iv)Jasad pinjamanmu-->bagaimana kamu binasakan?     


note:''bagaimana kamu binasakan'' bermaksud anggota badan tu digunakan untuk apa sampai waktu tak boleh guna lagi.(e.g; pemain bola kaki injured sebab kena tackle, inul daratista penari dangdut sakit pinggang sebab gelek pinggang lama sangat, etc.)


Kami turut ditujukan 3 soalan, yang menurut Ustaz Sopiandi, sepatutnya sudah kita  maklumi jawapannya: 
Dari mana kamu datang?
Dengan siapa kamu sedang bersama?
Kemana akan kamu pergi selepas ini? 
 Jawapan seorang mukmin;
Dari Allah kami datang, Kami bersama para ulama(waris Nabi),Kepada Allah, negeri Akhirat akan kami kembali.
Menyebut 'waris nabi', dikaitkan pula peranan atau lebih elok disebut Amanah untuk kita; (yang mengaku) Umat Nabi Muhammad s.a.w,supaya menunjukkan kepada dunia,bagaimana Islam itu sebenarnya;
[Dakwah]
Ya, kita semua memikul tanggungjawap itu. 
Jesteru, diingatkan kepada kami akan golongan yang bakal dihadapi dalam berdakwah:


1)Golongan yang menjaga Islam hanya untuk kepentingan individu, tapi mengabaikan kewajipan ummah.
   (e.g: cukup teliti dengan sumber rezeki/harta yang dimilikinya, tapi tak pernah peduli 
    kebajikan jirannya yang miskin )
2)Golongan yang mendabik dada mengaku Islam, tapi hakikatnya hanya mengambil    
   sebahagian sahaja.
   (e.g: Malaysia's true story)
3)Golongan yang terang-terangan memusuhi Islam.
   (e.g: saying the obvious)


Akhir sekali, Ustaz Sopiandi berkongsi dengan kami kaedah-kaedah untuk menangani gejala sosial, yang tak pernah lekang dari norma masyarakat kita.
Pesan Imam Al-Ghazali:
>Amalkan solat berjemaah dalam rumah,.
>Baca satu hadis setiap hari,
>Amalkan doa-doa harian,
>Galakkan puasa sunat,
>Bangun malam-walaupun sebentar.
----------------
Kalau diingat balik, apa yang kita dengar ni banyak yang berulang. Tapi cuba ingat lagi, kenapa ia diulang at the 1st place?
[Sebab kita akan lupa]. Hari-hari kita tak pernah lekang dari benda yang membuatkan kita lupa akan kejadian diri ni(speaking for myself ). So I thought, "lebih baik ingat, sementara boleh ingat". kita takkan tahu bila kita akan lupa. Macam kita tak akan tahu benda yang akan berlaku, hatta pada diri sendiri.

Wallahualam.-Dan Allah jua yang lebih mengetahui.  

No comments:

Post a Comment