Friday, January 21, 2011

You Got the Wrong Key But the Right Keyhole Darling~

Apartment tempat aku menyewa berada dalam satu kawasan perumahan yang agak luas....dan terpencil,nun di atas Bukit Subang. Adala dalam 3 apartment,2 flat, dan satu taman perumahan rumah teres 2tingkat. (agak-agak jela,nak comfirm sila check google map).

   So supposedly setiap residental area mesti ada surau sendiri,yang saiznya hanya sesuwai untuk solat jemaah lima waktu...yang aku rase hanya akan penuh bila masuk bulan Ramadhan jeh,kecuali Surau al-Mahdi yang memang luas dan dijadikan tempat solat Jumaat yang serius tak pernah tak pack. Kalau datang lambat tengahari jumaat memang sah kene wat muka tak bersalah mencelah brader-brader bukit subang sambil mencari ruang ntuk solat sunat,he. Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal suraunya, tapi apa yang aku selalu dengar dari suraunya. 



   Nak dijadikan cerita,hari tu hari minggu...so mengular di siang hari adalah antara option aktiviti pilihanku. Biasasanyer tengahari la,cat-nap orang puteh cakap. Dalam kesedapan melayan mimpi-mimpi siang yang syoknya membuatkan cat-napku mula mencapai tahap snorlax-nap,kedengaran dari kejauhan suatu suara...sayup meneroka pendengaran.
"Allahu akbar....Allaaaaahu akbar....
Allaaaaahu akbarullaaaaaaaaaaahu akbar......"


   "Zuhur dah....?"monologku bertanyakan sesuatu yang sudah pasti. "Tapi sedap jugak tuk siak ni azan, best jer dengar lagu dier". tambahku lagi lantas terus merapatkan kedua kelopak mata. Memandangkan banyak surau kat Taman Bukit Subang ni, dan ajk surau memasing memang berdedikasi, maka akan bersahut-sahutanlah seruan azan; tekun mengingatkan serata warga muslim akan kewajipan yang disyariatkan kepada diri masing-masing. 
   
   Sedang aku enak menikmati kelunakan seruan azan yang seakan mendodoiku untuk terus tidur, telingaku menangkap sesuatu yang terus membuatkan aku bangkit dari tilam(ye,xmampu nak beli katil). "Potong stim betulla...", getusku bila kedengaran laungan azan from this one particular surau. 
Off-set,pitching lari, & nafas pendek. nila gambaranku untuk azan yang dilaungkan. "Buat rosak mood aku jer melayan merdu azan siak surau al-Mahdi", protesku lagi,dalam hati.


Terdiam seketika aku,kuamati balik apa yang kuucapkan tadi. Subhanallah...seteruk-teruk laungan azannya, dia datang awal ke surau, maksudnya dapat berjemaah solat fardunya dan lebih penting sekali, dia mengingatkan masuk waktu solat! Sedangkan aku, lebih selesa melewat-lewatkan diri ke surau, nak azan jauh sekali. Jika benarpun azannya tidak sempurna, perbuatannya itu ikhlas lilla hi Ta'ala, insya Allah. 
   
   Allah tidak mengira sama ada kita berjaya atau tidak dalam melaksanakan amal ma'ruf. pentingnya niat dan usaha itu ada, sempurnya terserah pada Allah Taala. Seperti kisah burung kecil yang berusaha untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Paruh kecilnya digunakan untuk membawa air, yang nyata tidak mampu menggugat api yang marak itu. Bila disindir dek burung besar kerana jelas sia-sia usahanya, dengan yakin burung kecil menjawap, 
"Aku khuathir Allah akan mempersoalku tentang apakah yang telah kuusahakan, bukan adakah aku berjaya dalam apa yang ku-usahakan". 
   Benarlah, alam ini dijadikan-Nya medan untuk kita menuntut ilmu, mengambil pengajaran. Tapi seringkali hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya, Wallahualam.



p/s: (1) Sekarang dah jarang dengar azan siak sorang nih,aku doakan dia sihat wal'afiat & dapat terus beramal.(2) Untuk yang perasan, title post ni adalah parodi komen Steve Taylor semase audition American Idols.XD

No comments:

Post a Comment