Dayyyummmm~! Lari budget aku bulan nih.
Gila ah, sepanjang aku guna celcom biz ni bil yang paling tinggi. Nombor ni aku kasi mak aku guna,dia pon cakap takdala call banyak mana. menggaru kepala yang tak gatal aku mikir dari mana datangnya cas bebanyak nih.
Ku selak lagi lembaran bil.
[SMS Content Services - Received]. Ooo, ko la puncanya....memanjang mesej dari MTOUCHE. Satu mesej cas RM3. Serius menyirap jap darah aku, "tangan sapa la yang gatal sangt nihhh...." Getusku.
Mujur Zam ade, dia tolong google-kan MTOUCHE nih. SMS scammer rupanya kompeni nih, memang dah pernah jadi kat orang lain. So siap solat maghrib (kasi cool kalbu) aku call my mother, bagi instruction macam kat forum tadi. Alhamdulillah, selesai. "Your subscription had been terminated", kata ibuku yang kusambut dengan senyuman panjang; Selamattt.
Aftermath
Mula-mula aku memang serius menyirap, ade sekali tadi aku terkurang asam boi jap dengan mak aku.
"Saya mintak maaf ma, akananda emo tak bertempat tadi"
Tapi bila aku belek bil tu for the second time, I was like. "Heck, it just RM3 man...what the fuss?" Yes, it just RM3, but for one straight months + some were sent twice a day? You do the math...
Terdetik dihatiku, mungkin ini peringatan dari Allah untukku. Walau sekecil manapun perbuatan mungkar itu, kalau dilakukan berterusan...kita takkan mungkin berdaya hendak menanggungnya nanti.
Daripada Abi Hurairah r.a ; Bersabda Rasulullah S.A.W:
" Sesungguhnya seseorang hamba apabila dia melakukan sesuatu kesalahan maka akan digoreskan di dalam hatinya satu titik hitam; maka apabila dia menarik diri (dari kemaksiatan itu) dan terus beristiqfar dan bertaubat (kepada Allah) hatinya akan kembali suci bersih. Tetapi apabila dia kembali melakukan kesalahan itu maka titik hitam itu akan bertambah (didalam hatinya) sehingga sampailah titik hitam itu memenuhi segala permukaan hatinya ". Hadis Riwayat TirmiziTersedar daku akan kemungkaran-kemungkaran yang ku-'amal'-kan selama ini. Kerana sudah terbiasa, hingga sampai ke tahap menjadi tabiat, hatiku kian keras dari mengingati Tuhanku, Raja yang menguasai Hari Pembalasan. Aku kian menyerupai golongan yang kucaci selama ini; [God-less], hidup memuja nikmat dunia.
Sekarang aku masih mampu untuk membayar harganya, tapi dihadapan Allah nanti bagaimana?
Subhanallah~
No comments:
Post a Comment