Saturday, June 18, 2011

Rezeki Bulan Rejab

Saya Follow
Aman sungguh rasanya petang tadi. Balik dari asaran kat surau aku singgah mini market, cari apa yang patut untuk mengalas perut. Jam dah pukul lima lebih, tapi perut ni masih sunyi dari menjamah makanan...adat orang bujang, nak makan ikut rasa. kalau rasa 'malas' tu yang lagi kuat, bawa ke petang la lunch aku.ha.
  Lepas makan aku sambung surfing...nak kasi nasi turun kononnya. Tetiba aku dengar orang ketuk pintu rumah, aku biar je sebab Apai ada kat depan. Tak lama lepas tu Apai panggil aku keluar, ''sapa lak yang datang ni?'' fikirku.
"Ada jemaah datang...'', Apai menjawap sebelum aku sempat bertanya.

"Assalamualaikum..."salam dihulur, "Waalaikumussalam..."salam dibalas.Ada tiga orang semuanya.
"Saya Razak,kami jemaah dari Kota Damansara", lelaki berpangkat abang itu mengenalkan diri. 
Waktu itu bermacam-macam rasa mulai timbul. Rasa kekok ada, segan pun ada, dengan selipar kasutnya yang bersepah depan pintu,haishh...tapi seronok pun ada, pelik gak. Tapi tula yang aku rasa. Mungkin sebab hati aku tau dia akan dicuci sekejap lagi, nak tunggu tuannya lama sangat.

Kat bawah ni aku kongsikan sedikit pengisian waktu petang tadi. Please mind the 'baku' word.^^|||

Setiap manusia mahukan kejayaan,
macam masa kat sekolah, 
kita belajar sungguh-sunguh untuk exam,
10A, 21A...
tapi kejayaan tu habis setakat tu saja.
Kita berusaha keras untuk mencapai sesuatu yang kita akan tinggalkan,
walhal ada kejayaan yang lebih besar,
kejayaan yang sepatutunya kita lebih utamakan.

Kejayaan di Negeri Akhirat. 

Jikalau kita dapat bawa iman sehingga ke akhir hayat walau sebesar biji sawi,
Allah berikan ganjaran sepuluh kali ganda dunia.
tapi Syaitan seperti janjinya akan berusaha untuk menyesatkan anak adam,
sekalipun hingga datang sakaratul maut.
Waktu tu,
yang dapat membantu kita melawan hasutan syaitan hanyalah iman.
Iman tu pula sesuatu yang kita kena usahakan,
kita kena selalu sebut,
kita kena ceritakan kehebatan Allah Taala,
moga timbul rasa taqwa,
disinilah datangnya kerja dakwah.
Dakwah ni bukan untuk mengajar orang lain,
tapi sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri.

Manusia mudah lupa,
manusia mudah alpa.

Kerja dakwah ni pun sunnah Rasullullah,
ziarah ni sebenarnya sunnah Rasullullah,
semua orang bertanggungjawap menyampaikan dakwah.
Kita tak macam umat Nabi-Nabi terdahulu,
tanggungjawap mereka hanya beribadah; diri sendiri dengan Allah Taala,
kerja-kerja dakwah ini tanggungjawap Nabi mereka sahaja.

Tapi kita; umat Nabi Muhammad (saw) tidak seperti itu,
selain beribadah kepada Allah; manusia dengan penciptanya,
kita juga ada tanggungjawap keatas orang lain; manusia dengan manusia.
Inilah 'segi tiga' yang diamalkan oleh Rasulullah (saw); 
     Diri sendiri<-->Diri sendiri
     Diri sendiri<--->Saudara seagamanya
     Diri sendiri<---->Allah Taala

Di Padang Mahsyar nanti, manusia akan dikumpulkan mengikut Pemimpinnya.
dan sebaik-baik pemimpin semestinya adalah Nabi Muhammad (saw),
tapi macam mana Rasullullah nak kenal kita adalah umatnya?
...sunnah Baginda yang kita amalkan sepanjang hayat kita didunia akan menjadi bukti,
bahawa kita layak memakai gelaran "Umat Terbaik",
yang mengikut sunnah 'Manusia Terbaik'; Junjungan kita Muhammad (saw).

Pertemuan petang tu diakhiri dengan jemputan ke surau, ada majlis ilmu lepas Isya'.
Fikir balik, tetamu jemput tuan rumah solat berjemaah?
Bad joke I'd say...*sigh*
---------------------------
Particularly, aku terkedu bila sampai part 'dikumpul mengikut pemimpin'.
Membuatkan aku berfikir, selama 10tahun aku dah akil baligh ni....siapa pimpinan aku sebenarnya? Cara hidup siapa yang kuamalkan selama ini?
Betul, mulut aku boleh jawap; Nabi Muhammad (saw),
tapi hati aku lebih mengetahui...
jawapannya lain.
Perbuatan aku sendiri boleh menjadi saksi.

Hari ni 18 Jun 2011, bersamaan 17 Rejab 1432 Hijrah.
Bulan depan Sya'ban, lepas tu Ramadhan.

Banyak lagi yang perlu kubaiki.

RabbighfirlĂ®, warhamni,wa tub `alayya.
Ya Allah, ampunilah aku, Rahmatillah aku, dan Terimalah Taubatku.


Sekadar mengingatkan yang mengetahui.


  



No comments:

Post a Comment