Tuesday, October 4, 2011

"Katakanlah: Dia adalah Allah, Tuhan Yang Maha Esa"(122:1)

KEADILAN ALLAH TAALA

Sesungguhnya setiap kejadian itu Allah jadikan berpasangan, saling melengkapi, saling mencukupi...namun masih perlu lagi kebergantungan pada-Nya.
Sedangkan "Allah adalah Illah yang bergantung kepada-Nya segala urusan."(122:2)
Ayat 2 memberi makna segala sesuatu itu Dia yang mencipta,sebab itulah maka segala sesuatu itu kepadaNya lah bergantung. Abu Hurairah mengatakan ,maksud ”as-shamadu” ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.
Abussuud dalam tafsirnya berkata ” Diulangi nama Allah sehingga dua kali (ayat 1 dan 2), dengan kejelasan bahawa (1)Dia adalah Esa dan Tunggal,dan (2)Dia adalah penggantungan semua makhluk,supaya jelaslah bahawa sesuatu yang tidak mempunyai dua sifat utama itu bukanlah Tuhan. 
Ayat pertama menegaskan tentang keEsaanNya,untuk menjelaskan bebasnya Allah dari berbilang dan bersusun.Di ayat kedua penegasan tentang Dialah tempat bergantung,jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat kesempurnaan. 
Didalam kitab Perisai Bagi sekalian Mukallaf ,Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili menyebut berkenaan keEsaan Allah : ”Berkata kami kepada mengEsakan Allah taala pada ketika mengi’tiqadkan dengan petunjuk Allah Taala,bahawasanya Allah taala tunggal tiada yang bersekutu baginya” , Intaha.sumber

Sesungguhnya Manusia tidak akan sama sekali lari dari fitrahnya; lemah dan memerlukan perlindungan. dan sebaik-baik pelindung siapa lagi kalau bukan Tuan pemilik sekalian alam ini. Apa yang diperintahkan-Nya itu tidak lain untuk melindungi hamba-hamba yang dikasihi-Nya.
"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."(9:129)
Lapangkanlah dada, celikkanlah mata hati. Ingatlah, letakkan Allah dalam jiwa, dan bukannya makhluk.Insya Allah akan dipermudahkan hidup kita.


No comments:

Post a Comment